Sekadar pendapat, bukan niat untuk mengutuk:
- Lovesuks a.k.a. penulis blog tidak perlu merendahkan semua wanita bertudung secara am. Kesimpulan selepas membaca entri tersebut, it seems like Lovesuks marahkan sesorang. Jangan sebab nyamuk seekor, kelambu dibakar.
- Para komentar tu tak perlu nak back-up penulis tu dengan alasan kalau nak menegur biar berhemah. Awal-awal lagi penulis tu dah kata "aku nak kutuk, bukan nak nasihat, bukan nak ceramah agama, aku memang nak KUTUK"
- Bangganya penulis ni tempah tiket nak masuk neraka. A'uzubillah. Kalau nak marah, nak menulis,biar berlapik, timbang buruk baik, jangan main sebut je. Takut masa kita sebut "see you in hell" tu terbuka pintu langit, termakbul apa yg disebut
Dalam beratus-ratus komen bagi "Carutan untuk Minah Bertusung Urban", saya suka yang kat bawah ni.
ururulesmungkin ade pahala untuk effort kot.. pahala untuk niat nak tutup aurat. heheheheh!
mcm aku dgr tazkirah zohor semalam.. "semayang jemaah ngn semayang sorang2 kat mesjid. pahala jemaah 27:1 kepade yg semayang sorang.
tapi effort nak pegi masjid tuh pun ade pahale jugak. effort amik air semayang. pahala niat"
pastuh ustaz tu pandang kat saf pompuan dan dia sambung
"same la ngn effort ngn niat nak tutup aurat" (mutter mutter) "tapi kan bagus tutup aurat je terus.. dapat semua pahala.. campur effort skali"
ngeh ngeh ngeh! terase tak kau?
Sekurang-kurangnya, yang pakai tudung urban tu berusaha untuk tutup separuh dari aurat yg ada. Lama-lama insya'allah boleh tutup semuanya.
May Allah bless.
No comments:
Post a Comment